Monday 22 September 2014

Selfie =)

 Assalamualaikum dan Salam Ukhwah

Click. Click.
Haaa, mesti u alls biasa dengar kan bunyi ni? Well, zaman sekarang tak macam dulu, kalau satu rumah tu, gajet letak merata.Ye laa, sekarang ni senang nak cari duit, jadi maid pun gaji dekat 1000.. Tu kalau kerja kat rumah Tan Sri tu mungkin seribu dua agaknya. Kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu, nak beli handphone 3310 pun belum tentu dapat lagi.. Gaji berbulan baru cukup kot. Tu pun kalau Alexander Grahambell dah invent phone. Sekarang ni, duit RM50 pun dah takde nilai. Pergi market, tak payah nak bertroli sangat. Barang semua mahal, dapat apa jee.. Harga minyak pun dah naik. Kalau dulu, shopping sakan laa kita.

Apa pun, kita kembali kepada tajuk utama. Selfie. Perkataan tu dah tak lari dah dari kalangan kita especially teenagers and kids zaman sekarang. Baru umur 8 tahun dah ada Iphone. Apa lagi, click click laa jawabnya. Kebanyakan budak zaman sekarang tak fikir apa dia buat. Yes, dia tangkap gambar diri dia sendiri and upload kat media sosial. Siapa yang tengok gambar dia? Adakah dia tutup aurat dengan sempurna?
Tepuk dada tanya selera.

Usually, mereka tidak kisah pasal semua benda ni. Kalau yang tak pakai tudung tu everyday upload gambar selfie and everyday juga orang nampak aurat kita. Berapa banyak dosa dah yang kita tanggung. Kalau ada 1000 lebih followers and separuh daripadanya adalah lelaki, MasyaAllah ! Ada juga yang tak kisah. Upload with caption like....
" I just coloured my hair. omfg, very gorgeous!"
 Apa orang nak kisah kan, kubur masing².. Allah. Tapi, dosanya tetap dihitung.

Walau apa pun, I respect kat insan yang pandai jaga auratnya. Tahu batas untuk setiap perbuatan. Bukan nak berlagak pandai, tapi tu laa hakikatnya. Pesan untuk diri sendiri dan cuba dari hari ke hari untuk menjadi insan yang lebih baik. Assalamualaikum dan bubye... Click click.. Click click.. ;)

But first, let me take a selfie =)

Friday 5 September 2014

Tarikh Keramat

Assalam semua. Sihat? Ouh, lamanya tak jenguk blog cute ni. Nak kata ada benda yang berubah, takdelah pulak. Cuma hati ni ada terselit perasaan rindu. Hagahaga. Okayy, actually I nak cerita pasal tarikh keramat which is 9 September 2014. Haa? Kenapa dengan tarikh tu? Penting sangat ke?

For those who are really don't know about this date, haaa, actually tarikh ni laa yang paling ditakuti oleh pelajar² tahun enam atau yang berusia dua belas tahun. Kenapa pula nak takut? Sebabnya, pada tarikh ni laa berlakunya peperiksan besar iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah bertungkus lumus, usaha tak henti, belajar selama enam tahun, result exam ni laa yang kita nak gunakan untuk kita tentukan dimana hala tuju kita selepas meninggalkan sekolah rendah.
 
So, di kesempatan inilah I nak minta korang semua untuk mendoakan batch '02 dalam menghadapi UPSR.. Salam ukhwah semua =)

Thursday 17 July 2014

Ujian Allah Ada Hikmahnya

Assalamualaikum, cukup tak puasa korang semua ni? Haa, jangan ponteng ye.... Tak baik menipu bulan Ramadan ni. Okay, sedar tak sedar dah nak raya kita ye? Cepatnya masa berlalu. Baru pukul 7.15 ada yang dah mengadap makanan tu. Alhamdulillah, Allah beri rezeki untuk kita makan, hidup dalam keamanan dan sebagainya. Tetapi, masih ramai lagi yang tak dapat menikmati kemewahan hidup seperti mangsa² pengeboman rakyat² di Gaza. Apa salah mereka sehingga diperlakukan sebegitu? Ini ada I sertakan beberapa gambar. ='(





MasyaAllah! Speechless! Kejam sungguh orang² Yahudi Zionis laknatullah ini. Tabahkanlah hati mereka Ya Allah. Pintu Syurga sudah terbentang luas di hadapanmu, pergilah engkau kesana.

Jika disini, seorang meninggal dunia. Berpuluh orang menyembahyangkannya. Tetapi di sana, beratus orang mati, hanya seorang yang menyembahyangkan. Jika disini rakyat berbuka puasa dengan makanan, disana mereka hanya menelan air liur. Jika disini kita bergelak ketawa, disana mereka menanggung derita. AllahuAkbar!

Tambahan pula, kita telah dikejutkan dengan peristiwa kehilangan MH370 pada Mac lepas. Dan sekarang, sebuah pesawat MAS pula telah ditembak dan terhempas. Allah! 

My deepest condolences to all passengers and crew of MH370 and MH17. Tabahkanlah hati keluarga mereka dalam mengharungi ujian yang telah engkau berikan.
As Salam ~



#PrayForGaza
#PrayForMH17

Thursday 26 June 2014

Ramadan Al-Mubarak

Assalamualaikum semuanya.. Fuhh lama betul tidak ku jenguk blog ini. Tak payah cerita masalah apa, semua dah taw kan? Well, setiap apa yang berlaku ada baik ada buruknya. Alhamdulillah, tanpa kehadiran internet disisiku akhirnya result exam improved. Lagi one 'A' untuk dapat keputusan cemerlang.. *kembang sekejap*
;)

Okayy, never mind.. Actually bukan tu ceritanya. The main topic is about Ramadan. bulan yang penuh keberkatan dimana semua umat Islam di seluruh dunia diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan. I percaya yang semua orang taw bahawa puasa itu WAJIB. Tapi, tidak sempurnalah puasa itu jika tidak solat, sentiasa mengata orang, menfitnah dan sebagainya.. Puasa ini bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum tapi termasuklah juga perkara di atas. =)

Sesetengah orang (majoriti kanak²) beranggapan bahawa bulan Ramadan ini adalah suatu bulan yang membosankan dimana mereka tidak boleh makan dan tidak bebas. Ye laa, nak korek idung pun tak boleh kan? Hagahagahaga.. Dik, bulan ini adalah bulan yang paling baik. Semua syaitan, jin telah diikat. Tak payah nak takut.. Kalau upin-ipin pun boleh puasa, takkan adik² tak boleh? At least try, kalau tak boleh nak puasa satu hari, adik boleh cuba untuk puasa setengah hari. Itu pun dah memadai =D 

Mungkin ini adalah Ramadan yang terakhir untuk kita.. Kita tak tahu bila kita akan mati kan? Apa² pun, jom doa dulu !

Bismillahirramanirrahim. Ya Allah, Ya Tuhanku.. Jadikanlah Ramadan kali ini yang paling bererti dan paling berseri.. Menerangi kegelapan hati kami.. Menyeru ke jalanmu Ya Allah.. Agar kami sentiasa mempersiapkan diri bila dijemput Izrail nanti.. Semoga bekalan kami akan mewarnai kehidupan kami disana nanti.. Aminn ya raabbal alamin.

Salam Ramadan Al Mubarak semua !

Monday 12 May 2014

Happy Mothers Day

Assalamualaikum & Annyeong !

Ya Allah, rasa macam dah berabad tak mengupdate blog. Well, problem with computer and internet. Yang si computer ni buat hal cause wayar kat otak dia dah tercabut. Internet pun nak join..  Tup.. Tup.. minggu tu pun minggu exam, jadi, bagus sangatlah kanss ? Jadilah cenggitu. Okay, takpe. Hadapi semuanya dengan senyuman. Ehh, waittt, hari ni 13/5/2014 kan ? Yaa, mothers day jatuh pada hari kelmarin isn't ?

Ya, berkaitan dengan mothers day, I actually curious sikit sama ada haram atau tidak. But lepas baca ni okayy kot. But, ni apa yang I tahu laa. ---> Hari ibu tidak haram di sambut. Matlamat ialah menghargai jasa ibu dan dengan matlamat yg sama sesuai dengan ayat al Quran yang melarang berkata kepada ibu walaupun sekadar "ahh" sahaja..Apatah lagi hadis hadis begitu banyak anjuran menghargai jasa ibu dalam erti kata "birru al walidain"

Adapun ia dari kristian,tidak semua yang asalnya dari bukan islam di larang ambil.Yang di larang ialah ibadah,adat,atau perkara yg menghilangkan erti ketuhanan dan erti islam.Selain dari itu,ia berada di bawah kaedah:-

الاصل في الاشياء النافعة الاباحة

Asal bagi sesuatu perkara yg memberi manfaat itu harus.
Hari ibu tiada suruhan dan tiada larangan,mudah mudahan tidak mengapa.

Haaaaaa, macam tu laa. So, tak laa haram kan ?

Anyway, I nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di dunia and especially for my mother !
You are number one for me.

LOVE . <3

Wednesday 16 April 2014

Wordless Wed : Lebih Indah

Assalamualaikum & Annyeong 

Bila orang mula tak suka, kita lawan dengan doa, bukan kata².



Muhasabah diri mengingati mati..
Moga dapat hindari penyakit hati..

Thursday 10 April 2014

Muhasabah Diri

Olla =)
Okayy, hari ni tak banyak benda I nak post, just nak share photo.
Sebagai umat Islam, kita haruslah menjaga adab kita, apa yang kita boleh buat, apa yang kita kena jaga dan sebagainya. Mengingatkan sesama manusia adalah sangat baik.


Yess, betul tu !


 Daripada kita terpengaruh dengan kawan² yang boleh membawa kita ke jalan yang salah, lebih baik kita ikut cara kucing comel kat atas tu.. Assalamualaikum =)