Assalamualaikum semuanya.. Fuhh lama betul tidak ku jenguk blog ini. Tak payah cerita masalah apa, semua dah taw kan? Well, setiap apa yang berlaku ada baik ada buruknya. Alhamdulillah, tanpa kehadiran internet disisiku akhirnya result exam improved. Lagi one 'A' untuk dapat keputusan cemerlang.. *kembang sekejap*
;)
Okayy, never mind.. Actually bukan tu ceritanya. The main topic is about Ramadan. bulan yang penuh keberkatan dimana semua umat Islam di seluruh dunia diwajibkan untuk berpuasa selama sebulan. I percaya yang semua orang taw bahawa puasa itu WAJIB. Tapi, tidak sempurnalah puasa itu jika tidak solat, sentiasa mengata orang, menfitnah dan sebagainya.. Puasa ini bukan sekadar menahan diri daripada makan dan minum tapi termasuklah juga perkara di atas. =)
Sesetengah orang (majoriti kanak²) beranggapan bahawa bulan Ramadan ini adalah suatu bulan yang membosankan dimana mereka tidak boleh makan dan tidak bebas. Ye laa, nak korek idung pun tak boleh kan? Hagahagahaga.. Dik, bulan ini adalah bulan yang paling baik. Semua syaitan, jin telah diikat. Tak payah nak takut.. Kalau upin-ipin pun boleh puasa, takkan adik² tak boleh? At least try, kalau tak boleh nak puasa satu hari, adik boleh cuba untuk puasa setengah hari. Itu pun dah memadai =D
Mungkin ini adalah Ramadan yang terakhir untuk kita.. Kita tak tahu bila kita akan mati kan? Apa² pun, jom doa dulu !
Bismillahirramanirrahim. Ya Allah, Ya Tuhanku.. Jadikanlah Ramadan kali ini yang paling bererti dan paling berseri.. Menerangi kegelapan hati kami.. Menyeru ke jalanmu Ya Allah.. Agar kami sentiasa mempersiapkan diri bila dijemput Izrail nanti.. Semoga bekalan kami akan mewarnai kehidupan kami disana nanti.. Aminn ya raabbal alamin.
Salam Ramadan Al Mubarak semua !