Monday 22 September 2014

Selfie =)

 Assalamualaikum dan Salam Ukhwah

Click. Click.
Haaa, mesti u alls biasa dengar kan bunyi ni? Well, zaman sekarang tak macam dulu, kalau satu rumah tu, gajet letak merata.Ye laa, sekarang ni senang nak cari duit, jadi maid pun gaji dekat 1000.. Tu kalau kerja kat rumah Tan Sri tu mungkin seribu dua agaknya. Kalau nak dibandingkan dengan zaman dulu, nak beli handphone 3310 pun belum tentu dapat lagi.. Gaji berbulan baru cukup kot. Tu pun kalau Alexander Grahambell dah invent phone. Sekarang ni, duit RM50 pun dah takde nilai. Pergi market, tak payah nak bertroli sangat. Barang semua mahal, dapat apa jee.. Harga minyak pun dah naik. Kalau dulu, shopping sakan laa kita.

Apa pun, kita kembali kepada tajuk utama. Selfie. Perkataan tu dah tak lari dah dari kalangan kita especially teenagers and kids zaman sekarang. Baru umur 8 tahun dah ada Iphone. Apa lagi, click click laa jawabnya. Kebanyakan budak zaman sekarang tak fikir apa dia buat. Yes, dia tangkap gambar diri dia sendiri and upload kat media sosial. Siapa yang tengok gambar dia? Adakah dia tutup aurat dengan sempurna?
Tepuk dada tanya selera.

Usually, mereka tidak kisah pasal semua benda ni. Kalau yang tak pakai tudung tu everyday upload gambar selfie and everyday juga orang nampak aurat kita. Berapa banyak dosa dah yang kita tanggung. Kalau ada 1000 lebih followers and separuh daripadanya adalah lelaki, MasyaAllah ! Ada juga yang tak kisah. Upload with caption like....
" I just coloured my hair. omfg, very gorgeous!"
 Apa orang nak kisah kan, kubur masing².. Allah. Tapi, dosanya tetap dihitung.

Walau apa pun, I respect kat insan yang pandai jaga auratnya. Tahu batas untuk setiap perbuatan. Bukan nak berlagak pandai, tapi tu laa hakikatnya. Pesan untuk diri sendiri dan cuba dari hari ke hari untuk menjadi insan yang lebih baik. Assalamualaikum dan bubye... Click click.. Click click.. ;)

But first, let me take a selfie =)

Friday 5 September 2014

Tarikh Keramat

Assalam semua. Sihat? Ouh, lamanya tak jenguk blog cute ni. Nak kata ada benda yang berubah, takdelah pulak. Cuma hati ni ada terselit perasaan rindu. Hagahaga. Okayy, actually I nak cerita pasal tarikh keramat which is 9 September 2014. Haa? Kenapa dengan tarikh tu? Penting sangat ke?

For those who are really don't know about this date, haaa, actually tarikh ni laa yang paling ditakuti oleh pelajar² tahun enam atau yang berusia dua belas tahun. Kenapa pula nak takut? Sebabnya, pada tarikh ni laa berlakunya peperiksan besar iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Setelah bertungkus lumus, usaha tak henti, belajar selama enam tahun, result exam ni laa yang kita nak gunakan untuk kita tentukan dimana hala tuju kita selepas meninggalkan sekolah rendah.
 
So, di kesempatan inilah I nak minta korang semua untuk mendoakan batch '02 dalam menghadapi UPSR.. Salam ukhwah semua =)